Tentu
ramai yang sudah tahu tapi tentu ramai juga kurang tahu mengenai
persoalan: Bolehkah kita membuat rawatan gigi di bulan puasa? Adakah
puasa kita akan terbatal jika jumpa dr gigi?
Dari artikel yang
telah ditulis oleh Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd
Said yang telah diedarkan oleh Persatuan Doktor-doktor Pergigian
Malaysia kepada semua Doktor Pergigian di Malaysia dan juga dari
Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di
Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu telah merumuskan, terdapat
kaedah rawatan pergigian yang tidak membatalkan puasa.
Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa
1. membuat dental check up
2. membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
3. mengambil x-ray mulut
4. injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
5. tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
6. memberus gigi
7. menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
8. Berkumur dengan ubat kumur
9. Menelan air liur
Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat. Jadi jika anda cabut
gigi pada sebelah pagi, dan masa tengah hari ubat kebas semakin hilang
dan gigi terasa sakit, anda kena la batalkan puasa untuk makan ubat.
Jika anda cabut gigi di waktu petang dan ubat kebas masih bertahan
sampai waktu buka puasa, jadi tak perlu laa membatalkan puasa utk makan
ubat, lepas berbuka boleh makan ubat.
(Di petik dari Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kedah)